Sunday, June 28, 2009




Suasana membeli-belah yang meriah.
SILA TEKAN "Older Posts" UNTUK MUKA SURAT SETERUSNYA

Saturday, June 27, 2009















Anak-anak nelayan suka bermain di atas sampan nelayan. Inilah kehidupan anak nelayan. Mereka akan naik ke atas sampan nelayan bermain dan terjun ke dalam sungai berenang. Betapa gembiranya kanak-kanak ini bermain di sampan. Gambar ketiga menunjukkan gambar seorang kanak yang mendapat rumpai laut di dalam sungai...






















Cubalah tengok udang yang sebesar ini, warnanya dan saiznya memang menarik hati orang. Belum makan belum tahu rasanya. Tapi, tengok sahaja sudah rasa berapa sedap rasanya dan rasa nak makannya. Udang ini terdiri daripada banyak saiz yang berlainan. Ada yang kecil dan ada yang besar. Marilah rasa keenakkan udang ini.










Hasil tangkapan nelayan Kuala Sungai Pinang adalah sangat segar... Untuk memastikan ikan-ikan dan ketam-ketam sentiasa dalam keadaan segar, penjual akan meletakkan ais di sekeliling ikan-ikan dan ketam-ketam tersebut... Enaknya dan segarnya ikan-ikan dan ketam-ketam ini, memandangnya juga air liur sudah mengalir keluar....Muacks....





















Di bandar jarang dapat kita lihat lembu-lembu berkumpulan seperti ini lagi... Di Kuala Sungai Pinang, dapatlah kita lihat lembu-lembu di sepanjang jalan.... Kita juga dapat mendengar lembu-lembu ini mengeluarkan bunyi "moo.....""moo...." Lembu-lembu ini juga terdiri daripada banyak warna yang berlainan.... Sebahagian lembu sambil berjalan sambil memakan rumput yang hijau di sepanjang jalan... Hmm....dapatlah kita berangan berapa enaknya rumput-rumput ini bagi lembu-lembu ini. Di sekitar tempat ini adalah sangat natural dan tiada dicemari oleh udara yang kotor.

Setelah sehari penat menangkap ikan, buaian katil inilah tempat nelayan berehat... Buaian katil ini adalah kraftangan kaum nelayan. Diperbuat daripada bahan jaring yang tahan lama dan tahan reput. Pelancong-pelancong juga ada peluang untuk duduk di atas buaian katil ini untuk menikmati pemandangan yang indah ini.

Sunday, June 21, 2009








Terdapat pemandangan yang sangat cantik dan menarik untuk berkunjung ke sini. Ini dapat menenangkan fikiran pengunjung malah dapat mengisi masa lapang dengan melihat keindahan
alam semulajadi yang indah..di sini juga sesuai untuk
menjalankan aktiviti seperti menjala dan memancing.